Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Komuniti BESTARI DUN Pantai Kundor Melaka. Untuk makluman semua, Komuniti BESTARI ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Komuniti BESTARI Kampung Pengkalan Perigi.
Komuniti BESTARI ini terletak berhampiran kawasan laut dan amat dikenali oleh pelancong dari dalam dan luar negeri dengan pantainya yang bersih dan indah. Selain dari itu, pantai ini juga sering mendapat tumpuan dari pengunjung pada hujung minggu dengan aktiviti riadah bersama keluarga.
Selain dari itu, Komuniti BESTARI ini juga berhampiran dengan loji penapisan minyak PETRONAS yang terletak di Tangga Batu. Komuniti BESTARI ini dipimpin oleh Encik Tukachil Bin Zakariah yang merupakan seorang pesara tentera dari Regimen Gerak Khas ( Komando ).